Terminologi


Amat penting untuk kita fahami beberapa terminologi yang berkaitan sebelum memulakan perancangan harta pusaka. Di antaranya:


1. Harta Pusaka 

Harta Pusaka adalah sebarang bentuk harta atau hakmilik yang ditinggalkan oleh si mati. Maka, apabila seseorang itu sudah mati, dia sudah tidak lagi berkuasa ke atas harta yang dimiliki semasa hidup. Harta pusaka perlu dibahagikan kepada waris faraidh, dan sebagai orang Islam, pembahagian harta pusaka tertakluk kepada Hukum Faraidh.


2. Waris Faraidh

Waris Faraid adalah mereka yang mempunyai pertalian dengan si mati semasa kematian melalui hubungan nasab dan perkahwinan. Ketetapan dan kaedah pewarisan adalah mengikut Hukum Faraid. 


3. Pemberian Pusaka

Pemberian pusaka merupakan pemberian harta pusaka yang dibuat berdasarkan pesanan/hasrat yang dinyatakan oleh pewasiat melalui wasiat yang ditulis semasa hidupnya. Seseorang itu boleh mewasiatkan pemberian kepada bukan ahli waris sehingga 1/3 dari pusakanya. Jika lebih atau pun lain-lain bentuk pemberian, ia boleh dilaksanakan setelah mendapat persetujuan waris si mati.


4. Hibah

Hibah merupkan pemberian harta yang dimiliki oleh seseorang semasa masih hidup, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Maka tiada hibah boleh dibuat selepas kematian. Jadi, kalau nak hibah, buatlah hibah sekarang.


5. Pentadbiran Pusaka

Seseorang yang sudah mati tidak ada kuasa dan upaya lagi untuk mentadbir-urus harta seperti membuat pengeluaran duit, menjual aset/memindah milik aset, membayar hutang, bersedekah/berwakaf dan membuat pengagihan. Malah dia juga sudah tiada kuasa untuk menentukan orang/pihak yang boleh diharapkan untuk memikul tanggungjawab sebagai pentadbir. Tugas-tugas pentadbiran hanya boleh dilakukan oleh WASI (dilantik oleh pewasiat semasa menulis wasiat) atau PENTADBIR (dipilih oleh waris melalui persetujuan semua waris selepas kematiannya)


6. Perancangan Harta Pusaka

Perancangan hanya boleh dibuat semasa seseorang masih hidup. Ya, betul lah tu - mesti buat sekarang! Bila dah meninggal dunia, apa lagi yang nak dirancangkan?


Pastikan buat perancangan yang teratur dan menepati hukum syarak. 


Untuk buat perancangan sekaligus penyediaan dokumen yang menepati undang-undang, hubungi saya.

CIK INTAN
Islamic Estate Planner

Comments