KHIDMAT SAYA adalah konsultasi dan penyediaan dokumen perancangan harta dari awal sehingga selesai ditandatangani.
Semua instrumen perancangan harta pusaka yang disediakan adalah mengikuti Undang-undang dan menepati Hukum Syarak.
1. PENULISAN WASIAT
Menulis wasiat merupakan
satu perkara asas yang penting dalam perancangan harta
pusaka. Selain menyampaikan pesanan atau maksud pemberian pusaka, seseorang
itu juga boleh melantik sendiri Wasi (pentadbir) yang dipercayainya.
Beliau tidak perlu lagi berserah kepada persetujuan warisnya. Barangkali
selepas kematian, tiada persetujuan dicapai oleh waris-warisnya. Maka
terbekulah pusaka itu, berlapis-lapis jadinya setelah seorang demi seorang
waris meninggal dunia.
2. PRI - HIBAH (Prihatin Hibah)
Merupakan
kombinasi Hibah dan Amanah yang disahkan oleh Penasihat Syariah as-Salihin
Trustee Berhad ke atas aset yang bebas cagaran atau masih bercagar. Istimewanya Pri-Hibah as-Salihin, hak benefisiari terjamain dan selamat manakala kepentingan pemberi hibah juga terpelihara.
3. PAPB (Perjanjian Aset
Perolehan Bersama)
Dahulunya dikenali sebagai Deklarasi
Harta Sepencarian. Diperkenalkan bagi memberi pilihan kepada pasangan agar
tidak perlu membuat tuntutan harta sepencarian yang boleh melambatkan proses pengagihan harta pusaka. Dengan PAPB, hak pasangan
(suami dan isteri) dapat ditentukan terus dalam perjanjian ini.
4. PRI - NIAGA (Prihatin
Perniagaan)
Merupakan produk perancangan yang dibuat
terhadap perniagaan (termasuk pemilikan, aset perniagaan serta keuntungan
perniagaan) bagi menghadapi situasi ketidakupayaan/kematian pemilik
perniagaan, rakan-kongsi atau pemegang saham. Ianya berupa samada
'business succession plan' ataupun 'business exit plan.
5. PEMBENTUKAN AMANAH
Tujuan seseorang itu
membetuk amanah adalah apabila dia hendak melindungi/memelihara hak
benefisiari tertentu, mengawal kaedah pengagihan, menetapkan tujuan
pengunaan harta tertentu dan seterusnya diuruskan secara baik dan
profesional oleh pihak yang diamanahkan. Di antara produk as-Salihin dalam
pembetukan amanah adalah:
5.1 AMANAH WASIAT
Merupakan amanah yang
dibentuk di dalam wasiat di mana perlaksanaannya adalah selepas kematian
mengikut terma dan syarat yang telah dinyatakan di dalam dokumen
wasiat.
5.2 PRI - TI (Prihatin
Takaful/Insurans)
Sekiranya anda mempunyai polisi
takaful/insurans, dan mahukan arahan spesifik ke atas wang pampasan
seperti untuk diri sendiri atau benefisiari tertentu, Pri-TI adalah
produk untuk memelihara, mengawal dan mengurus wang tersebut dengan
diamanahkan kepada as-Salihin mengikut terma dan syarat yang dinyatakan
di dalam surat ikatan amanah (Trust Deed).
5.3 PRI - EMAS (Prihatin Usia
Emas)
Ia adalah amanah istimewa yang telah dibentuk untuk membantu seseorang
itu merancang perbelanjaan dan pembiayaannya dengan teratur apabila dia
melalui usia emas, kesihatan yang kurang baik atau ketidakupayaan.
5.4 AMANAH HAYAT (Living Trust)
Merupakan
amanah yang dibentuk untuk perlaksanaan yang berkuatkuasa serta-merta
mengikut terma dan syarat yang dinyatakan di dalam surat ikatan amanah
(Trust Deed). Contoh Amanah Hayat adalah:
5.4.1 Amanah Saraan Hidup
Ia
adalah satu Amanah yang dibuat oleh setlor(pembuat amanah) untuk menyara
kehidupan benefisiari yang tertentu (penerima amanah).
5.4.2 Amanah Pendidikan
Suatu amanah yang bertujuan
untuk menjaga pendidikan benefisiari yang dinamakan di dalam surat
ikatan amanah.
5.4.3 Amanah Pelaburan
Membenarkan benefisiari
menerima wang pelaburan tanpa melalui proses undang-undang pentadbiran
harta pusaka.
6. Pentadbiran Harta Pusaka
Masih ramai
orang-orang Islam (waris) yang belum mewarisi harta pusaka yang terbeku dan
masih di atas nama si mati. Jika anda belum mewarisi pusaka peninggalan, kami boleh membantu anda membuat pentadbiran sepenuhnya
sehingga proses pengagihan dan urusan pindah milik.
Instrumen-instrumen yang disediakan di atas boleh
dipilih mengikut situasi, kehendak/hasrat masing-masing serta kesesuaian aset.
Saya bantu anda memilih instrumen yang sesuai.
Katakan, bismillah dan mulalah
merancang.
hubungi saya,
CIK INTAN
018 - 388 5450
ISLAMIC ESTATE PLANNER (IEP)
Comments
Post a Comment