BENARKAH HIBAH LEBIH DISUKAI RAMAI BERBANDING WASIAT

 

Memang benar kebanyakan orang sekarang banyak menyebut tentang 'buat hibah'. Namun ramai jugak yang masih kabur tentangnya lalu terus memilih untuk 'hibah' berbanding dengan wasiat. Apakah ini merupakan pilihan yang terbaik?

Di artikel ini saya akan memberi definisi Hibah dan keperluan untuk Hibah. Semoga pembaca faham dan boleh membuat pilihan dengan baik.

Hibah adalah pemberian yang diberikan oleh penghibah kepada penerima secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ia adalah pemberian yang dibuat oleh seseorang semasa hidup. Oleh itu tiada hibah dibuat selepas mati.

Oleh kerana ianya dibuat semasa hidup, maka aset yang telah dihibahkan itu tidak menjadi pusaka pemberi hibah apabila beliau meninggal dunia. Maka aset hibah tidak tertakluk kepada faraid.

(Beza pemberian yang dibuat melalui wasiat di mana ianya di buat selepas kematian. Oleh kerana pemberian melalui wasiat merupakan pemberian dari pusaka, maka ia tertakluk kepada hukum faraid.)

PRI - HIBAH merupakan perkhidmatan yang kami sediakan bagi mereka yang memilih untuk menghibahkan aset-aset yang tertentu kepada benefisiari yang tertentu. 

Ia adalah kombinasi Hibah dan Amanah.

Pri-Hibah merupakan dokumen deklarasi hibah yang dibuat oleh pemilik aset yang mengatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari. Namun sebagai legal owner, beliau memegang aset  tersebut  untuk kepentingan benefisiari mengikut terma dan syarat yang dinyatakan di dalam deklarasi tersebut.(Beliau masih lagi pemilik berdaftar aset tersebut dan bertindak sebagai Pemegang Amanah)
 
Pri-Hibah berkuatkuasa serta merta namun pindah milik aset tersebut hanya akan berlaku selepas kematian pemberi hibah atau mana-mana triggering event yang dinyatakan di dalam deklarasi itu.

Kaedah hibah seperti Pri - Hibah ini adalah baik kerana:

1. Kepentingan Pemberi Hibah terjaga.

2. Hak Penerima selamat dan terjamin.

Banyak lagi kelebihan membuat hibah melalui Pri-Hibah.

IBUBAPA YANG MENGHIBAH KEPADA ANAK-ANAK

Ramai ibubapa mengatakan hasrat mereka untuk menghibahkan terus aset mereka kepada anak-anak semasa masih hidup. 

Ada yang ingin terus membuat pindahmilik aset sekarang (tukar nama terus).

Namun jika syarat-syarat sudah dipenuhi, Pri-Hibah mungkin menjadi pilihan yang lebih baik. Ini adalah kerana dari segi hukum syarak, hibah kepada anak atau cucu (dan ke bawah) boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Dengan Pri-Hibah, apabila seorang bapa ingin menarik balik hibah kepada anaknya, beliau boleh berbuat demikian dengan membatalkan deklarasi tersebut tanpa perlu mendapatkan persetujuan anaknya. 

(Tetapi jika pindah milik nama(ke atas geran) telah dibuat semasa pemberi masih hidup, apakah sekiranya hendak ditarik balik pemberian itu, si bapa atau ibu tersebut boleh melakukannya dengan mudah?) 

Tidak kurang juga orang-orang yang ingin membuat Pri-Hibah kepada pasangan masing-masing. Ada juga yang ingin menghibahkan rumah atau sejumlah wang kepada anak angkat (anak angkat tiada bahagian faraid dalam pusaka). Jika ingin membuat pembatalan, ianya dibolehkan dengan persetujuan benefisiari.  


ADAKAH INI BERMAKNA PRI-HIBAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA WASIAT?

Sebenarnya, ia bergantung kepada hasrat/kehendak dan juga situasi seseorang itu serta jenis aset tersebut. 

Anda juga perlu melihat dari pelbagai sudut termasuk waris-waris faraidnya nanti, atau persediaan menghadapi hari tua atau kemungkinan sakit/hilang upaya. 

Adakah selain aset yang hendak dihibahkan itu, anda mempunyai aset lain? 

Ingat pesan Rasulullah s.a.w., '... kamu meninggalkan waris kamu dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta daripada orang lain..'

Perkara lain yang perlu diambilkira juga apabila membuat pilihan adalah kos bagi penyediaan dokumen dan pentadbiran. 

Yang demikian adalah beberapa perkara perlu diberi pertimbangan semasa membuat perancangan.

Jika ingin membuat Pri-Hibah, hubungi saya.

Comments