WASIAT KEPADA BUKAN WARIS.

"Bukankah wasiat itu bermaksud pemberian pusaka sebanyak 1/3 kepada bukan waris?"

"Wasiat itu sebenarnya untuk non-waris, kan?"

"Had wasiat kepada bukan waris adalah 1/3."


Ini adalah di antara soalan-soalan dan statements yang biasa diungkapkan oleh kebanyakan orang.


Mari kita baca sebuah hadis di bawah yang mengandungi penjelasan kepada persoalan di atas.

Saad bin Abi Waqash pernah berkata, 

"Wahai Rasulullah, aku memiliki harta dan tidaklah ada yang mewarisinya kecuali seorang anak perempuanku. Apakah aku sedekahkan 2/3 daripada hartaku?" 

Baginda bersabda, "Jangan." 

Aku bertanya lagi, "Apakah aku sedekahkan 1/2 daripadanya?" 

Baginda bersabda lagi, "Jangan, 1/3 sahaja. 1/3 itu banyak. Sesungguhnya engkau tinggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta daripada orang lain."

(Riwayat Muslim)


Daripada hadis di atas kita dapat simpulkan bahawa:

Peraturan 1/3 adalah khas untuk golongan bukan waris faraid yang mana pemberian ini tidak boleh ditentang oleh waris-waris faraid lain kecuali ianya melebihi 1/3 daripada keseluruhan jumlah harta pusaka.

Ini bermakna jika kadar pemberian ini melebihi 1/3, ianya perlukan persetujuan/keizinan semua waris faraid. 

Contoh pertama, jika diwasiatkan 1/2 kepada bukan waris, perbezaannya iaitu 1/6 [1/2 - 1/3 = 1/6] adalah tertakluk kepada persetujuan waris. Manakala 1/3 tidak perlukan keizinan waris.

Contoh kedua, jika diwasiatkan 1/4 kepada bukan waris, maka pemberian ini tidak perlukan persetujuan waris dan ianya hendaklah dilaksanakan.


Adakah saya mesti membuat wasiat 1/3 ini?

Pemberian kepada bukan waris faraid adalah bersifat PILIHAN. Pewasiat boleh memilih sama ada ingin membuat pemberian sedemikian di dalam wasiat atau pun tidak. Jika tiada dinyatakan di dalam wasiat maka semua harta pusaka pewasiat kelak adalah tertakluk kepada hukum faraid.


Adakah anda ingin meninggalkan sebahagian daripada pusaka anda kepada selain dari waris faraid anda? 

Jika ya, tulislah wasiat mudah-mudahan hasrat anda terlaksana.


Saya membantu anda dalam urusan penyediaan dokumen wasiat yang menepati syarak dan sah di sisi undang-undang. 


hubungi,

Cik Intan

018 - 388 5450 

Islamic Estate Planner

as-Salihin         



Comments