Sukar Berurusan Dengan Kluster Kayangan


Hari ini saya telah melalui satu pagi yang sangat bermakna dan mengembirakan hati. Perbualan yang agak lama dengan seorang sahabat yang telah saya kenali lebih 20 tahun.

Dahulu, phrasa ‘kluster kayangan’ ini tidak ada dalam kamus peribadi saya. Hanya semenjak munculnya makhluk yang bernama Covid-19 inilah, ‘timbul’ di permukaan bumi ini banyak kluster manusia. Dikatakan salah satu daripada kluster-kluster ini timbul dan tidak menjejakkan kaki di bumi yang nyata - terapung di awangan dan naik tinggi. Maka kluster ini digelar ‘kluster kayangan’. Ada yang dikaitkan dengan kemewahan dan ada pula yang dikaitkan dengan kesombongan.

Kisahnya, sahabat saya ini sedang mencari-cari peluang business yang boleh mendatangkan pendapatan yang agak baik. Salah satu ikhtiarnya adalah cuba dapatkan satu projek ini. Dia pun menceritakan kepada saya serba sedikit tentang plan usahanya bersama beberapa orang lagi. Namun katanya, dia merasa kurang senang dan lemah apabila hendak berurusan dengan ‘kluster kayangan’.

Oh, terpaksa berurusan dengan ‘kluster kayangan’.  Saya tanyakan kenapa jadi lemah? Katanya, kluster kayangan tak pandang orang macam kita ni. Oh, begitu…itu tanggapan dia. Saya katakan, kalau dia tak pandang kita, kita pandanglah dia. Katanya lagi, kluster kayangan kalau pandang kita pun seolah-olah kita ini di tempat rendah, pandangannya ke bawah. Saya katakan, ooh.. kalau macam tu, kitalah kena dongak dan pandanglah dia dengan sedikit dongak. Barulah boleh connect. Imagine, pandangan itu umpama tali, dia pandang ke bawah maksudnya dia hulur tali dari atas ke bawah. Jadi nak tangkap tali itu, kita yang ‘di bawah’ ini kenalah pandang atas! Barulah nampak dan dapat pegang tali dia dan dapat ikat dengan tali kita. Dalam erti kata lain, apabila dia bercakap, beri perhatian.

Mulanya sahabat saya kurang faham dengan statement saya ini.

My friend, you see.. saya tak tahu apa benarnya mereka itu merasa berada di kayangan. Boleh jadi dia yang segan dengan kita kerana beberapa kekurangannya atau kelemahannya yang terhijab dari pandangan manusia lain. Jadi reaksinya pelik pada pandangan kita. Dan kita telah melabelkan dia dengan label ‘kluster kayangan’.

Saya teruskan, kalau semasa dia bercakap dengan kita, dia tengok kita 'ke bawah' dan kita pun berpaling tengok kiri kanan atau ke bawah jugak, tak dapatlah connection tu. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kita pun tak berpijak di bumi yang nyata. Kita sendiri pun terapung tapi tak naik tinggi mana pun… macam hovercraft! Dia tertawa sedikit 😅… macam floating hoverboard!

Mungkin dengan cara kita yang mulakan pandang pada dia.. grab his attention.. pay attention to him..gain his trust ..make him comfortable with you, you’ll win his heart and hopefully dua tali ini akan dapat diikat bersama. InsyaAllah, if you are sincere he will appreciate you.

Seringkali kita asyik menilai orang lain sahaja dan kurang muhasabah diri sendiri. 

Andaikata sebelum ini kita asyik nampak kepincangan orang lain saja, itu umpama rabun jarak dekat – tak nampak kepincangan yang ada dekat pada diri sendiri. 

Kita tak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti. Boleh jadi orang dari ‘kluster kayangan’ itu disayangi Allah kerana kejujurannya. Boleh jadi juga orang yang bukan dari ‘kluster kayangan’ dibenci kerana sombong dan merasa diri suci.

 

Coretan 💗,

Cik Intan