1 .
Maksudnya, barangkali hak kita ada di dalam jumlah besar ini. Kita termasuk di
dalam kumpulan orang-orang yang tidak memperoleh pusaka, sedangkan kita berhak.
Rugilah kita sedangkan kita boleh menikmati atau memanfaatkannya.
2.
Maksudnya , jika aset kita tidak diagihkan selepas kita mati, waris kita akan
termasuk di dalam kumpulan orang-orang yang tidak mendapat manfaat pusaka kita.
Rugilah mereka sedangkan mereka boleh menikmati atau memanfaatkannya.
3.
Maksudnya, inilah nilai jumlah harta yang masih lagi di atas nama orang-orang
yang sudah mati, kerana mengalami berbagai masalah seperti tidak diurustadbir
dengan segera, tidak dituntut, tidak diendahkan, konflik keluarga, tidak amanah
dalam mentadbir pusaka. Atau boleh jadi juga tidak diketahui oleh waris.
4.
Maksudnya, ambillah iktibar. Usahakan sekarang sementara masih ada upaya dan
sihat akal fikiran. Janganlah sehingga aset milik kita menambah kepada jumlah
ini apabila kita mati nanti.
Bolehkah kita perbetulkan keadaan ini?
Sudah tentunya kita mampu berbuat sesuatu.
1. Cairkan dan agihkan.
Kalau dilihat dari jumlahnya, memanglah besar dan sudah pasti penyelesaian kepada masalah ini adalah susah dan terpaksa melalui jalan yang sukar dan panjang.
Ia pasti
melibatkan kos yang tinggi, masa dan kudrat, pengetahuan serta kesabaran, dan yang paling sukar
sekali adalah kerjasama dari semua pihak terutama sekali waris-waris. Masalah akan menjadi lebih rumit apabila waris sudah menjadi berlapis-lapis.
Namun jika masing-masing mengambil berat dan bertindak bijak, sedikit demi sedikit akan mampu memberi kesan yang positif.
2. Perancangan Awal
Usaha dan ikhtiar adalah dituntut oleh agama, setelah itu barulah kita berserah kepada Allah.
Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada seorang pemilik unta,
"Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakkal."
(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Hibban)
Dalam hal-hal mentadbir harta, harta pusaka dan hutang, umat Islam sangat digalakkan untuk membuat perancangan awal yang teratur supaya harta dapat diagihkan secepat yang mungkin kepada benefisiari yang berhak.
Secara tidak langsung ekonomi umat Islam menjadi lebih teguh, silaturrahim menjadi erat dan ukwah menjadi hebat.
Paling utama
adalah ketenangan jiwa yang kita perolehi kerana telah usaha dan berserah
kepada Allah. Apa tidaknya, harta kita pasti akan kita tinggalkan dan kita
telah tinggalkan dalam keadaan yang teratur dan mengikut hukum syarak.
Mudah-mudahan
kesedaran dan kefahaman ini dapat dipanjangkan kepada orang lain dan juga kepada anak-anak kita.
Baca ringkasan perancangan di page
KHIDMAT
Comments
Post a Comment