Cara-cara Membuat Perancangan Harta Pusaka.
1. Dokumen sokongan asas yang diperlukan adalah I.C. / passport.
2. Lain-lain dokumen sokongan bergantung kepada produk/instrumen perancangan yang dipilih (akan diberitahu oleh IEP).
3. Tuan/Puan dijemput untuk membaca artikel-artikel saya di dalam blog ini yang mana saya telah senaraikan ringkasan produk/instrumen perancangan harta sebagai panduan untuk memilih.
4. Walaupun perancangan harta pusaka adalah bersifat peribadi, elok dapatkan penerangan dan pandangan/nasihat daripada mereka yang berpengetahuan dalam bidang ini seperti IEP as-Salihin. IEP adalah konsultan as-Salihin Trustee Berhad yang bertauliah dan telah mendapat latihan terus dengan as-Salihin. Hubungi saya dan kami akan terus membantu anda dalam penyediaan dokumen-dokumen perancangan harta pusaka dengan sebaik mungkin sehingga selesai, insyaAllah.
5. Nyatakan hasrat anda kepada kami dan kami akan beri cadangan yang bersesuaian dengan kehendak anda. Namun, pilihan adalah di tangan anda.
6. Sediakan butiran dan keterangan yang diperlukan oleh IEP untuk melancarkan proses penyediaan dokumen-dokumen yang berkenaan. Semua infomasi adalah P&C.
7. Jangan berlengah lagi sementara masih ada masa dan kuasa.
hubungi,
CIK INTAN
Islamic Estate Planner (IEP)
Sekiranya ada di kalangan pembaca yang sudah buat perancangan harta pusaka, anda boleh beritahu kawan-kawan, kenalan dan saudara mara. Moga Allah berkati Tuan/Puan. Percayalah, di luar sana sangat ramai orang-orang Islam yang masih belum buat perancangan harta pusaka, sedangkan ianya sangat dituntut.
Perancangan Harta Pusaka yang mengikut undang-undang dan patuh syariah bukan sahaja baik untuk institusi keluarga malah ianya mampu menguatkan ekonomi umat Islam secara tidak langsung.
Comments
Post a Comment